XPDC To Tanjung Tuan Part 1


Assalamualaikum, hari ini saya ingin mengongsikan pengalaman saya pergi ke Tanjung Tuan. Pada tanggal 6 Mac 2020, setelah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid yang terletak berdekatan ALAM, saya terus bergerak ke 'boathouse' untuk membuat persiapan ke Tanjung Tuan. Selepas itu, saya terus tukar pakaian, lalu membantu rakan-rakan saya yang lain. Seramai 22 orang yang menyertai ekspidisi ke Tanjung Tuan. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu darat, bot dan laser.  Saya menyertai kumpulan darat bersama 2 orang lagi rakan saya iaitu AR Rahman (dalam gambar) dan Muiz (tiada dalam gambar). Kami ditugaskan untuk mengangkut barang rakan-rakan yang lain untuk dibawa ke Tanjung Tuan. Tepat pukul 3 petang, kami semua pun bertolak ke destinasi yang sepatutnya. Saya, Rahman dan Muiz terus bertolak ke Pantai Cermin untuk memindahkan barang-barang ke dalam bot. Perjalanan kami mengambil masa selama 25 minit. Setelah tiba di Pantai Cermin, kami menunggu ketibaan bot yang membawa barang. Semasa menunggu, kami menikmati pemandangan air laut yang sangat cantik. "Mandi jom." kata Muiz. "Jom". Saya pun menjawab. Kami pun terus terjun ke dalam laut dengan pakaian yang sedia ada. Tidak lama kemudian, bot yang dinantikan oleh kami telah pun tiba. Kami memindahkan barang-barang yang berada dalam kereta ke dalam bot untuk dibawa ke Tanjung Tuan. Semasa menaiki bot, saya melihat pokok-pokok bakau yang berada di tepi pantai, air laut yang agak jernih amat memukau hati saya. Dalam beberapa minit, saya pun tiba di Tanjung Tuan. Kawasan di situ dikelilingi hutan dan ade beberapa pondok serta sebuah perigi. Saya, Rahman dan Muiz melakukan tugas masing-masing seperti mencari akar kayu, memasak, mengambil air, menyapu daun-daun kering sementara menunggu kumpulan yang lain tiba.

Tepat pukul 8 malam, kumpulan-kumpulan lain telah pun tiba. Saya pun terus membantu mereka menarik bot ke tepi pantai serta mengangkat laser ke tapak perkhemahan kami. Masing-masing kelihatan penat. Tanpa membuang masa kami semua, terus menyiapkan persiapan untuk 'campfire'. Ia mengambil masa sehingga pukul 12 tengah malam baru semua selesai. Unggun api yang dihidupkan agak besar sehingga menyambar ke arah rumput-rumput yang berdekatan.



Setelah unggun api dihidupkan, kami semua pun menikmati hidangan lewat malam. Kami semua kelaparan dan hanya terus makan. Lauk yang dihidangkan ialah nasi goreng kampung, BBQ, sosej dan nuget ayam. Setelah selesai menikmati hidangan, kami semua pun mengurus diri untuk aktiviti malam iaitu 'Night Walk'. Ia berlangsung pada pukul 2.45 pagi. Saya dan rakan-rakan lain diminta untuk berbaris dan menunggu arahan yang seterusnya. Setelah diberi beberapa arahan, aktiviti 'Nightwalk' pun bermula. Perjalanan di dalam hutan dalam keadaan yang gelap agak sukar bagi kami tetapi kami tetap 'enjoy'. Kami melakukan beberapa aktiviti seperti menyelesaikan teka-teki pantun yang diberi. Setelah selesai ke semua aktiviti, kami pun tiba di Rumah Api Tanjung Tuan. Pengalaman yang menyeronokkan bagi kami. Tidak lama kemudian, kami pun pulang ke 'base camp'. Perjalanan pulang ke 'base camp' agak lama kerana kami menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang ke 'base camp'. Setelah tiba di 'base camp' , semua agak kepenatan, lalu kami membuat 'headcount'. Kami pun memulakan kiraan. Dalam baris sepatutnya ada 11 orang tetapi tidak cukup 1 orang. Bermulalah pertelingkahan antara kami. Kami sangka ini hanyalah 'prank' tapi semua ini betul.  Dua orang 'senior' pergi masuk ke dalam hutan semula untuk mencari rakan kami yang hilang. Tidak lama kemudian, beberapa orang tiba, dan kami nampak rakan kami yang hilang itu. Semua orang berasa lega. Setelah selesai semua masalah, kami pun tidur-tidur ayam kerana ingin bangun awal untuk menunaikan solat Subuh berjemaah......BERSAMBUNG

Comments

Popular Posts