GLOBAL LEADERSHIP MRSM

Road To Final stage of Global Leadership Programme


Hi  Assalamualikum semua ! So untuk entry yang ke-10 Rahman nak cerita tentang journey Rahman dalam Program Global Leadership MRSM SeMalaysia. So apa benda program ni sebenarnya ? So Program ni basically melahirkan pemimpin masa hadapan lebih kurang macam tu . Tapi program ni berperingkat sebab nak pilih student yang betul-betul layak untuk ke luar negara. Ok jom baca journey Rahman ke dapat ke Final stage. Final stage ni hanya 20 orang sahaja yang layak dari MRSM seluruh Malaysia. 

So kumpulan dari setiap MRSM mempunyai 4 orang , so basically semuanya ahli Badan Kepimpinan Pelajar(BKP) , so dari Mrsm Rahman iaitu MRSM Terendak hantar 4 orang ahli Badan Wakil Pelajar(BWP) iaitu President Dhia Darwisy , naib presiden Puteri Ayesha , Exco Akademi Mak Issabela dan Biro Putera iaitu Rahman.


So first stage programme ini dianjurkan di MRSM Joho Bharu. Lebih kurang 200 lebih pelajar MRSM seluruh Malaysia menyertai program ini . Stage 1 diadakan selama 3 hari di MRSM tersebut. Kami didedahkan dengan perlbagai ilmu baharui dan kami dibawa ke pusat pentadbiran Negeri Johor tersebut . Terdapat banyak aktivti dan pertandingan diadakan semasa program tersebut untuk menguji tahap kerjasa antara kumpulan dan kreativiti masing-masing. Alhamdulillah kumpulan Rahman memenangi beberapa aktiviti semasa itu . Dipendekkan cerita hari terakhir disitu merupakan Interview bersama juri-juri dari Pihak MRSM . Agak mendebarkan kerana interview tu kene bawak  resume semua and full in english . So before masuk tu agak menggigil juga lah sebab seram gila. And Alhamdulillah bolehlah goreng-goreng sikitkan time interview tu janji tak gagap hahah. Dan kami pun mengakhiri program tersebut dengan majlis penutan konvensyen kepimpinan tersebut dan pulang ke Maktab. 


Berita gembitra untuk Rahman keluar seminggu selepas tu sebab Rahman terpilih untuk pergi ke stage seterusnya iaitu seramai 80 orang dari 200 orang pelajar MRSM . Yang sedihnya hanya Rahman sorang je dari MRSM Rahman yang terpilih dari 4 orang . Time tu memang tak berapa semangat sebab takde meraka . Tapi perjuangan harus diteruskan. 

2nd stage dianjurkan di Pusat Kepimpinan MARA (PUSKEP) di Lenggong Perak. 
Standard MRSM kalau program luar negeri dia akan gunakan satu bas untuk kutip student dari 1 or 2 negeri . So bas yang Rahman naik ada MRSM Alor Gajah ,MRSM TGB , MRSM Gemenceh dan beberapa MRSM lagi. So Rahman memang pemalu nak bercakap dengan orang tapi cuba juga untuk bergaul dengan orang lain kalau tak nanti takda kawan. So dari sini lah Rahman kenal beberapa orang kawan dari MRSM lain . Dipendekkan  cerita tiba di PUSKEP dan hampir semua peserta telah tiba . Time tu memang Rahman takut tak tahu napa sebab yang ada deka situ semuanya Ya Allah power-power sembang ngan kawan pon speaking English . Then grouping pulak. Ditakdirkan Rahman group dengan orang yang power lagi lah Rahman takut. Dalam hati cakap habislah aku mesti diam je sampai akhir program .  Kalau tengok dekat gambar bawah ni semua lelaki selain Rahman tu Presiden BWP dan semua perempuan tu Vice Pres BWP. Power kan?! 


Tapi Rahman tak putus asa walaupun tengok semua orang hebat Rahman yakin Rahman pun boleh buat sebab dorangpun manusia jugakan? So Teamwork dekat sini memang diuji betul-betul lah, memang banyak cabaran kitaorang dekat sini. bayangkan dia bagi 1 sen je dekat kitaorang then kene buat kerja-kerja yang disedikan untuk dapat duit untuk beli khemah makanan tapak khemah semua. Memang mencabar lah masa ni. Tapi sebabkan teamwork yang bagus kami antara kumpulan yang awal dapat beli tapak khemah semua makanan dan lain-lain . Dekat sini juri meneliti kemahiran kita berkomunikasi dan team work dalam kumpulan . Ok short the story kami manage untuk lakukan semua aktiviti program tersebut. Kalau tengok gambar last , tu baju yang kami dapat semasa selesai program . hanya 80 orang student MRSM  je ada baju tu . Dalam program ni 20 0rang sahaja akan dipilih untuk ke final stage. Rahman memang tak yakin dapat ke final stage. 

Beberapa minggu kemudian keluar result untuk ke final stage , Rahman tak sangka nama Rahman tersenarai dalam list tersebut. Student tersebut seperti dalam perancangan akan ke KL untuk final interview oleh CEO syarikat Petronas sebelum ke Luar negara untuk di tapis lagi. Sayang sekali disebabkan MARA kekurangan duit untuk program  ini . dan Program ini terhenti sampai di 2nd stage sahaja . Tapi Rahman gembira sebab sampai ke Final stage. Rahman sendiri tak percaya.  Tapi kita kene selalu ingat kalau orang lain boleh kenapa kita tak boleh? Hendak seribu daya Taknak seribu dalih ,sekian sahaja Assalamualikum tq sudi baca .



Comments

Popular Posts