Perjalanan Dalam Mengejar Cita-cita (chapter1)
Assalamualaikum dan selamat datang ke Ceritera Markaz aku,ok...mesti korang nak tahu macam mana lahirnya minat dalam hati aku ini sampai aku nak sangat jadi seorang "seafarer".Aku tahu pasal ALAM ni dari sepupu aku yang dah pun menjadi kapten kapal sekarang...sebelum aku tahu apa yang dia buat sampai boleh berjaya macam sekarang bila dia belikan sebuah rumah banglo dua tingkat kat parent dia...so aku tertanya-tanya la kan ape kerja dia sampai dapat belikan rumah yang besar untuk parent dia then bila aku tanya dia pon jawab yang dia ni belajar kt Akademi Laut Malaysia (ALAM) sebelum kerja kapal so dari situ lah aku rasa berminat untuk masuk ALAM... Minat aku terhadap kerjaya ni membunga dalam hati aku bila aku tingkatan 4 and lepas tu aku search dalam internet macam mana untuk masuk ALAM and dari situ semangat aku semakin membuak-buak untuk untuk lebih semangat belajar..and alhamdullilah setelah penat bertarung untuk SPM ni akhirnya aku dapat jugak apply ALAM berdasarkan result yang aku dapat ni and selepas beberapa bulan lepas tu aku dapat email dari pihak ALAM yang menyatakan aku kena pergi interview kat Melaka and time tu aku happy gilerr and terus call ayah aku...so bermulalah perjalanan dalam mengejar cita-cita aku...
Ni gambar pakcik aku...gambar ni diambil time kiteorng dalam perjalanan ke Melaka and singgah sekejap kat kedai kopi and kenapa gambar ayah aku takde?...sebenarnya aku mengharapkan ayah aku yang dapat hantar aku ke Melaka tapi disebabkan urusan kerja yang tak dapat dielakkan so pakcik aku ni lah yang sanggup naik motor honda petak yang agak lama dan buruk dari Tumpat ke rumah aku kat Bachok (perjalanan hampir 2 jam) semata-mata untuk ambil aku and hantar pergi Melaka untuk interview ALAM...kalau korang nak tahu kenapa dia yang beria untuk aku masuk ALAM ni sebab supupu aku yang kapten kapal tu anak dia so aku rasa dia nak aku berjaya macam anak dia
(p/s:pagi aku dapat email dari ALAM,petang tu pakcik aku datang and terus ke Melaka)
Ni antara video yang aku ambil dalam perjalanan ke Melaka
Dipendekkan cerita,kami terus mencari chalet yang berdekatan dengan ALAM setibanya kami di Melaka untuk menginap supaya pada pagi keesokkannya kami tak perlu rushing untuk ke tempat interview dan berjumpalah kami dengan hamba Allah yang sangat baik hati iaitu pakcik chalet...ok nanti aku sambung kenapa pakcik tu aku cakap baik hati and ape yang dia buat sampai aku boleh cakap macam tu..
Keesokkan harinya aku bersiap dengan pakaian aku and dengan penuh semangat untuk jawab exam and selepas diumumkan keputusan exam tu... kecerian pada wajah aku tiba-tiba hilang bila aku gagal untuk meluluskan diri untuk join ALAM and aku tengok wajah pakcik aku hanya mampu tersenyum kekecewaan...aku jugak diberitahu yang aku masih lagi ade peluang untuk aku tebus balik kegagalan aku.
Bersambung...
Comments
Post a Comment