Matriculation Life (Part 3)
Kembali lagi kita ke Part 3. Jgn risau ni part yg terakhir untuk blog ni. Untuk part 3, aku nak cerita pasal orang2 kat KMJ. Kebanyakkan yg masuk KMJ ni ramai dari Johor. Dah nama pun kolej matrikulasi johor. Tapi ada juga yg bukan dari Johor. Cumanya yg pelajar cina dan india yg ramai bukan dari Johor. Aku pun tak tau kenapa. Tapi kuota yg bukan melayu dalam matrik lebih kurang 10 ke 20% je tapi diorang ni bukan calang2 orang. Memang otakmya geliga. Lagi2 student cina memang diorang conquer result final. Dalam batch aku, aku rasa hampir semua la student cina yg dapat 4 flat. Yg bukan cina ada juga cuma tak seramai diorang.
Ok skrg aku nak cerita pasal classmate aku. Sebelum ni aku ada cakap nama kelas aku MD10. Dalam kelas aku ada 25 orang, 24 melayu dan 1 india. Kitorang pun ada ketua kelas. Sem 1 member aku, Danish dan sem2 aku.
Classmate aku dtg dari berbagai latar belakang. Ada yg dari sekolah sbp, mrsm, sekolah agama dan sekolah harian. Result spm pun ada yg mmg gempak. Masa awal2 sem 1 semua mmg malu2 kucing. Masing2 tak kenal tapi lama2 tu oklah dah rapat. Kelas aku ni satu tabiat dimana kitorang mmg suka tangkap gambar. Tak kira la kat kelas, kata admin (blok lecturer), kat lab dll. Pantang nampak tempat background lawa mesti pi ambik gambar. Ketua dia si Danish dgn Anis. Diorang dua la yg paling bising dlm kelas. Suka usik lecturer tapi kelas mmg meriahlah. Klau tangkap gambar iphone Natiesh yg jadi mangsa sbb dia pakai iphone paling latest masa tu, iphone 7+. Buka group whatsapp kelas member lain bising minta gambar kat dia hahahah.
Masa hujung2 sem especially waktu minggu last sebelum stduy week, kitorang tangkap akan tangkap gambar dengan semua lecturer. Lecturer yg ajar masa sem1 tak sama dengan sem 2. So mungkin akan jarang selalu jumpa. Ni kira kenangan kami dengan lecturer. Time ni juga kami saling bermaaf-maafan, minta doa restu dari lecturer agar exam dipermudahkan. Ada lecturer yg ajak buat barbecue, ada jugak yg ajak makan kat rumah, macam2 la. Gambar dengan lecturer banyak sangat tapi aku tunjuk sikit je la.
Sebelum aku habis, silalah tgk video pasal classamate aku kat youtube. Ni link dia https://www.youtube.com/watch?v=YTVuPhTX3eQ.
Lastly, aku nak cakap pasal roomate aku. Satu bilik ada empat lagi 3 roomate aku nama dia Syazwan, Zul dgn Ming. Roomate aku semua pandai2 aku je spoil hahaha. Yang lain pointer atas 3.50 tapi aku je tak. Kat matrik aku memang tak rajin study. Tapi yg paling pandai roomate aku, Ming. Dia ni asal dari Penang. Aku kalau nampak dia kat dalam bilik memang asyik study je. Rajin gila tahap gaban. Bangun tidur buka buku tengah makan pun sama, sebelum tido pun sama. Budak cina lain aku prasan rajin dia pun tak setahap Ming. Tapi pointer dia 4 flat dua2 sem. So aku tak hairan la. Yg si Zul nmpk pendiam je. Baik orgnya cuma dia jarang ada kat bilik so tak berapa rapat sgtlah. Sorang lagi Syazwan. Dia aku mmg rapat at bilik. First time aku mmg skema tapi lama2 nakal juga tapi pandai. Gitar dia la selalu aku pinjam dan selalu juga dia ajar aku main gitar. Power ohh dia main. Satu lagi dia ni baik dengan family dia, kerap call parents dgn adik-beradik dia pastu selalu jaga solat. Sekarang dah jarang contact. Last jumpa dia masa solat jumaat kat UTM tahun lepas.
Ni roomate aku syazwan sebelah kiri. roomate aku yg lain aku takde gambar diorang huhuhu.
Sampai sini sahaja aku cerita, banyak lagi aku nak cerita pasal KMJ tapi aku malas. Mungkin banyak aku yg miss so aku nak minta maaf banyak. Bye.
Disclaimer: semua gambar diatas dari laptop aku.
Ok skrg aku nak cerita pasal classmate aku. Sebelum ni aku ada cakap nama kelas aku MD10. Dalam kelas aku ada 25 orang, 24 melayu dan 1 india. Kitorang pun ada ketua kelas. Sem 1 member aku, Danish dan sem2 aku.
Ni lah Danish muka yg paling depan tu.
Classmate aku dtg dari berbagai latar belakang. Ada yg dari sekolah sbp, mrsm, sekolah agama dan sekolah harian. Result spm pun ada yg mmg gempak. Masa awal2 sem 1 semua mmg malu2 kucing. Masing2 tak kenal tapi lama2 tu oklah dah rapat. Kelas aku ni satu tabiat dimana kitorang mmg suka tangkap gambar. Tak kira la kat kelas, kata admin (blok lecturer), kat lab dll. Pantang nampak tempat background lawa mesti pi ambik gambar. Ketua dia si Danish dgn Anis. Diorang dua la yg paling bising dlm kelas. Suka usik lecturer tapi kelas mmg meriahlah. Klau tangkap gambar iphone Natiesh yg jadi mangsa sbb dia pakai iphone paling latest masa tu, iphone 7+. Buka group whatsapp kelas member lain bising minta gambar kat dia hahahah.
Masa hujung2 sem especially waktu minggu last sebelum stduy week, kitorang tangkap akan tangkap gambar dengan semua lecturer. Lecturer yg ajar masa sem1 tak sama dengan sem 2. So mungkin akan jarang selalu jumpa. Ni kira kenangan kami dengan lecturer. Time ni juga kami saling bermaaf-maafan, minta doa restu dari lecturer agar exam dipermudahkan. Ada lecturer yg ajak buat barbecue, ada jugak yg ajak makan kat rumah, macam2 la. Gambar dengan lecturer banyak sangat tapi aku tunjuk sikit je la.
Masa hujung sem jugak la kitorang ambik gambar2 satu kelas banyak. Kononnya dah habis sem la. Kelas lain pun sama juga ambik gambar. Then pada hari bila entah aku tak ingat tapi minggu sebelum study week sem 2, kitorang main frisbee waktu ptg dan masa tulah last kitorang berkumpul sama2.
Lepastu takkan jumpa sama2 dah lepastu. Masa ni juga kitorang ambik gambar sama2. Habis je matrik semua ambik haluan masing2 pergi sambung belajar degree. Ada yg kat tempat sama, ada yg tak. Aku je tak sambung degree sbb aku ambik diploma. Tapi diploma ALAM la hahahah.Sebelum aku habis, silalah tgk video pasal classamate aku kat youtube. Ni link dia https://www.youtube.com/watch?v=YTVuPhTX3eQ.
Ni masa hujung sem 1
Ni pulak masa hujung sem 2
Ni roomate aku syazwan sebelah kiri. roomate aku yg lain aku takde gambar diorang huhuhu.
Sampai sini sahaja aku cerita, banyak lagi aku nak cerita pasal KMJ tapi aku malas. Mungkin banyak aku yg miss so aku nak minta maaf banyak. Bye.
Disclaimer: semua gambar diatas dari laptop aku.
Comments
Post a Comment