Matriculation Life (Part 2)

 Ok kita sambung ke part 2. Kat matrik juga banyak aktiviti yg dijalankan samada oleh badan kepimpinan, kelab-kelab dan jugak unit-unit subjek. Ada juga pertandingan sukan antara Matrikulasi nama dia Karnival Kolej Matrikulasi (KAKOM). Kalau nak join kena la ikut selection dalam Matrik masing-masing barulah layak main untuk KAKOM. Aku pernah try ikut selection bola sepak tapi tak dapt sebab first stamina aku mmg hampeh pastu banyak yg power2.

   Aktiviti yg aku join masa aku matrik tak banyak pun. First yg aku join Explorace. Masa ni time sem 1.  Aktiviti dia mcm cerita Explorace dalam tv3 dulu2 tak silap. Pergi checkpoint yg kena pergi pastu kena buat apa yg kena suruh then kalau menang dapatlah banyak point. Aktiviti ni anjuran unit agama islam tapi non-muslim boleh join. Dia lawan ikut kelas dan setiap kelas kena hantar wakil 10 atau 11 kalau seingat aku. Kelas aku menang overall pertandingan sebab total markah kitorang yg paling banyak. Hahaha tak sangka pun masa tu boleh menang.


Inilah member aku yg join Explorace. Penat tapi memang fun.


      Masa sem 2 pulak, kelas aku ada subjek Kokurikulum dan kitorang dapat aktiviti boria. Sepanjang sem 2 kami kena training persembahan boria sebab pada hujung sem kami masuk pertandingan boria antara kelas yg dapat subjek kokurikulum mcm kitorang. Dan benda ni WAJIB sebab dia carry pointer. Nak tak nak kena redah. Aku harap dapat sukan mcm bdminton ke, bola ke tapi yg dapat boria. Sepanjang kitorang training dari hari first pemilihan ajk sampai hari last training, banyak  momen suka dan duka. Yg suka tu mcm biasa fun, santai, ada yg buat kelakar masa training. Kelas kitorang lah antara kelas yg meriah bila training dan kitorang training tak last minit, thanks to Pengarah dan kroni-kroninya. Yg dukanya kadang2 ada yg tak turun training.  Benda ni buatkan orang rasa marahlah so mood nak training tu mcm takde. Anyway, masa persembehan kelas kami dapat naib johan. Kami expect dapat juara tapi kitorang masih happy juga sebab dah buat yg terbaik. Lagipun, kitorang lega sbb boria dah habis so boleh la fokus untuk final exam@PSPM 2.




    Aktiviti ini jelah yg berjaya aku join walau dipaksa oleh member. Banyak lagi sebenarnya aktiviti kat matrik ni tapi lupa dah. Yelah dah dekat 2 tahun aku tinggalkan matrik. So aku nak cerita lagi pasal aktivit sukan kat KMJ. Kat KMJ fasiliti sukan boleh dikatakan mencukupi. Ada track lumba lari, court futsal, bolasepak, bola tampar, tenis, skuasy, badminton, semua ada. Haa tu diaa hahahah. Aku kat sini semua sukan pernah try cuma mmg jarang nak turun bersukan petang2. Kena tunggu member kelas dgn kulaih ajak baru nak turun
 

Gambar kat atas masa ni ada game antara kuliah. Kitorang main bola sepak ikut liga haram. Nama liga haram sebab tak silap aku lecturer tak bagi buat liga kot hahaha. Tapi aku turun sekali jer lepastu malas dah nak turun.

Selain tu juga aku pernah main frisbee dengan member kelas aku. Kitorang main dekat dataran perhimpunan KMJ. Ni pun main sebab ada sorang member kelas aku nak sangat main frisbee so dia ajak satu kelas main. Ingat tak penat  main benda alah ni, rupanya mmg penat gila. Tak tahu rule apa semua pi tibai je main.


    Satu lagi sukan aku main iaitu futsal. Aku rasa ni sukan wajib yg ada kat semua tempat belajar. Yg aku tak suka pasal futsal kat kmj  court futsal ada 1 je. Kau nak main apa kalau ada satu je court. Student ada seribu lebih. So yg nak main futsal mestilah ramai. Terpaksalah kena tunggu turn. Jadi kadang2 kalau nak main futsal masa tak ramai orang mainlah masa pagi cuti Jumaat dengan Sabtu. Oh lupa nak bagitau, Johor cuti weekend hari Jumaat dengan Sabtu. Aku sebagai pelajar dari sekolah menengah yg sekolah cuti hari Sabtu Ahad agak janggal sampai sekarang sebab rasa macam cuti pendek sikit kalau cuti hari Jumaat Sabtu.


     Setiap tahun, KMJ akan anjurkan Annual Dinner. Selalunya time sem 2 dan buat kat dalam KMJ je kat dataran wawasan. Tema dinner masa kat KMJ Hawaii. Setiap student kena bayar duit dinner sebab makanan order dari luar tapi aku dah tak ingat berapa kena bayar. Dinner masa itu mmg layan. Semua persembahan mmg best. Suara semua merdu dan sedap. Habis je dinner semua pakat2 ambik gambar. Tak kisah lah gambar kelas ke, member ke. Tapi yg paling banyak yg bergambar dengan pakwe makwe masing2 lah. Hahaha dah pakai baju lelawa mestilah nak tangkap gambar sama2. Haa ingat kat matrik tak ramai ke yg couple. 


                                       

           Nilah gambar aku dengan classmate dengan roomate dengan jiran bilik sebelah. Gambar dengan awek takde sebab kita single je huhuhu. 

Banyak lagi aku nak cerita. Aku nak cerita pasal classmate, roomate aku dengan lecturer aku pula. Tapi sebab dah banyak sangat aku dah taip, aku akan sambung kat part3 pulak. So stay tuned.




Disclaimer: semua gambar diatas dari laptop aku.


Comments

Popular Posts