LASIK surgery experience!

    Seperti yang korang tahu salah satu daripada syarat kemasukan ALAM ialah mata tidak rabun kuasa yang terlalu tinggi.  Jadi Sebelum masuk ALAM , aku buatlah LASIK .So harini aku nak share sikit experience aku pasal LASIK di Advance Vision Damansara.


     Since dah ramai orang pernah lalui procedure ini , jadi aku nak bagitau sikit maklumat pasal Lasik ni. so maksud LASIK atau lasik ialah (laser-assisted in situ keratomileusis) ialah pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat, dan astigmastisme) yang popular dan berjaya di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh Doktor pakar mata (opthalmologist) dengan menggunakan laser.


     First, korang kena faham dahulu. Tak semua orang sesuai untuk buat lasik. Sebab ketebalan kornea mata kita menentukan sama ada kita sesuai buat lasik atau tidak.kalau kornea mata terlalu nipis, kita buat lasik dengan kaedah yang berbeza dan kos mahal sedikit. Jadi, kita semua kena buat pemeriksaan mata untuk mengetahui kesesuaian mata untuk buat lasik.
tempat menunggu untuk cek mata




          First doktor akan letak ubat bius titik mata, so mata nanti takkan rasa apa-apa kalau kena sentuh nanti. Then, doktor akan letak penyepit dekat mata, benda ni untuk bukak kelopak mata supaya mata tak tutup time procedure.  doktor akan suruh tengok mesin kat bahagian atas , dalam mesin tu ada satu lampu laser. so, tengok je la lampu tu. Lepastu, doktor akan setelkan kerja semua , follow je arahan doktor jangan risau tak la sakit mana pun sebab mata dah letak bius , cuma mata rasa pedih sikit je macam kena tiup angin.






                                                                                                    Gambar selepas prosedur laser mata.









          Overall proses lasik ni around 10 minit je . yang lama pun sebab proses persiapan  dan pembersihan , nak fully recover amik masa lebih kuran 3 bulan .So time tengah recover follow apa doktor suruh insyallah recover cepat. ni adalah gambar masa seminggu time recovery terpaksa selalu pakai cermin mata hitam tak kisahlah siang ke malam, mana-mana pun terpaksalah pakai sebab conditon mata punya pasal.

itu je lah serba sedikit yang aku boleh kongsikan thank you!








Comments

Popular Posts