Trip to Gunung Ledang.

   Assalamualaikum semua, aku nak cerita pasal kenangan aku dengan kawan2 waktu kat matrik pergi mandi kat air terjun Gunung Ledang. Tak panjang sebab pendek je. Jadi, jom kita teruskan.

   Masa aku belajar kat KMJ, pelajar lelaki boleh keluar outing setiap hari Sabtu setiap minggu tapi yg perempuan hari Jumaat. Dia asingkan sebab pernah ada kes tertentu yg sebabkan pihak KMJ asingkan outing. Aku dan member sekelas aku yg lain dah lama plan nak pergi Gunung Ledang. Plan dari sem 1. Sembang punya sembang, time awal sem 2 baru kitaorang pergi. Biasalah, plan je lebih tapi benda tak gerak2 pun.

   So, pada 31 Disember 2017 kitorang pun pergi lah Gunung Ledang seperti yang dirancangkan. Pergi sana kami sewa van. Pergi balik RM10 sorang. Jarak kesana dari KMJ dekat je dalam lebih kurang 10 minit. Kat sana, kami tak mandi kat bahagian bawah sebab ramai orang dan kat bahagian atas lagi best sebab air terjun dia deras sikit dan tak ramai orang. Tapi nak naik atas tu penat la, kena daki tangga jauh sikit tapi tempat tu bukan kat puncak pun. Tengah2 gunung pun tak sampai.

Ni tempat betul2 sebelum sampai kat air terjun bahagian atas. Waktu ni nak balik dah.

Sumber: Laptop saya

Ada kayu besar tergantung dekat area situ. So, acah2 la sikit bergambar. Macam biasa iphone Natiesh jadi mangsa sebab dia pakai iphone 7+. Kamera terang.

                                                               Sumber: Laptop saya
                                                                            
Ni kitaorang bergambar dengan air terjun kat belakang.  Air kuat so kalau duduk berendam kat sana sedaplah rasa macam kena urut kat belakang.


  Sumber: Laptop saya


 Angel nampak boek, sekali lagi thanks to cameraman, Natiesh. Yang gambar sebelah tu candid2 sikit. Bagi can la haha.
Sumber: Laptop saya

Ni antara gambar2 selfie kitaorang. Masa ni masih awal sem 2 so tak stress sangat masih lagi chill. Boleh tengok muka2 diorang, masih happy sebelum dapat banyak assignment yg banyak dari pensyarah.



Sumber: Laptop saya

Sampai sini je aku nak share. Tak nak panjang2. Oh lupa pula, ni semua member satu praktikum aku, MD10. Patutnya, total lelaki ada 9 orangtapi 2 orang lagi tak dapat join sebab ada hal masing2. Okay sampai sini saja. Sekian.





Comments

Popular Posts