ENCIK HAMIDI & PUAN NORA

AYAH

Beliau merupakan En Hamidi yang aku sebut-sebut namanya di entry pertama tadi . Okay jom aku cerita sikit tentang beliau , En Hamidi lahir pada 22 november 1972 . Beliau merupakan anak ke-7 daripada 11 adik-beradik . Beliau seorang yang tidak berjaya dalam pelajaran tetapi berjaya mengubah hidupnya sehingga ke tahap yang lebih tinggi daripada adik beradiknya pada hari ini . Beliau seorang yang tidak mudah berputus asa , berani mencuba dan tidak pernah lari dari segala masalah yang datang terhadapnya .

Beliau mempunyai perwatakan yang berbeza sewaktu aku kecil dan berubah serta-merta ketika anak-anaknya setelah dewasa .
  1. Beliau merupakan seorang yang sangat garang dan tegas.
  2. Sering memberi teguran dan nasihat sekiranya anaknya membuat kesilapan berulang kali.
  3. Sangat benci apabila ditipu.
  4. Mendidik anak setegasnya.
  5. Tidak pernah membenarkan anak untuk ponteng sekolah ahahahahahahahaha.
  6. Benci apabila ditipu 
Untuk pengetahuan para pembaca , beliau pernah berkhidmat dalam membina KAPAL BUNGA MAS 6 yang masih lagi digunakan oleh Tentera Laut Di Raja Malaysia(TLDM) . Pada ketika itu beliau merupakan antara orang terpenting dalam pembinaas kapal tersebut di Johor Shipyard atau lebih dikenali sebagao Malaysia Marine Heavy Engineering(MMHE) ketika ini .

IBU

Okay jom kita baca tentang ibu pulak . Beliau diberi nama NORA , dilahirkan tanggan 14 september 1975 . Beliau merupakan anak jati johor sama seperti ayah . Rumah orang tua mereka pun tidak jauh , 20 minit je macamtu . Beliau merupakan anak kedua daripada 5 beradik . Mempunyai tahap pendidikan SPM dan berkeputusan cemerlang . 

Beliau merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam menguruskan hal anak-anak . Daripada sulung sehinggalah aku yang bongsu ni . Beliau tak pernah penat melayani karenah anak-anak . Sentiasa memenuhi permintaan anak-anak dan kadangkala permintaan yang tidak perlu , beliau tidak akan tunaikan . Sentiasa menjadi pengantara antara anak dan ayah . Beliau merupakan ibu yang paling hebat yang takkan ada gantinya . Sewaktu aku ada masalah , beliau akan menjadi orang yang mendengar segala masalah aku dan sering memberi nasihat untuk aku terus merasa tenang . IBUKU SYURGAKU

BERJAYA DALAM MENDIDIK

Mereka berdua telah berjaya dalam mendidik anak-anak walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran . Mereka tidak pernah merasa penat dan lelah dalam membesarkan anak-anak . Mereka juga sering berkongsi ilmu yang mereka ada bertujuan memberi pengetahuan yang lebih kepada anak anak . Selain itu, mereka juga sangat menyokong terhadap apa yang anak anak buat sepertibersukan dan sebagainya . Tidak pernah membantah atau menghalang anak anak daripada menceburi bidang sukan yang diminati .
Ibu dan Ayah orang yang paling garang dalam mendidik . SATU peluang pun tidak pernah diberikan kepada anak anak untuk ponteng sekolah . Kecuali mendapat sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor . kalau setakat pening kepala tu , jangan harap nak cuti . 

Bukti mereka telah berjaya mendidik 
  1. Anak sulung mempunyai Diploma in Mechanical Engineering 
  2. Anak kedua mempunyai Diploma in Aircraft maintanance (B1.1) turbine.
  3. AKUU masih belajar untuk Diploma In Nautical Studies dekat alam.
cukup untuk membuktikan yang mereka berjaya mendidik anak anak dengan usaha mereka sendiri . satu haari nanti , aku pasti anak anak mereka yang akan membahagiakan mereka pulak . aaammiinn insyallah


Comments

Popular Posts