Matriculation Life (Part 1)
Assalamualaikum dan hello guys. Tengah bosan2 masa cuti sempena COVID-19 ni aku nak cerita pasal kehidupan aku waktu kat matrik. Aku dulu belajar kat Kolej Matrikulasi Johor atau orang panggil KMJ dari Jun 2017 sampailah Mei 2018. Kat KMJ ada 2 aliran, Modul Sains dan Modul Akaun. Untuk modul sains pula pecah kepada tiga, modul 1, modul 2 dan modul 3. Setiap modul ada 4 subjek wajib yg kena ambik. Apa yg sama dan lain antara ketiga-tiga modul ni, semua student yg ambik modul sains mesti ambik subjek math dengan chemistry. Yang selebihnya, untuk modul 1 kena ambik subjek bio dengan fizik, sains comp dengan fizik untuk modul 2 dan modul 3 ambik bio dengan sains comp. Aku ambik modul 2 sebab bio aku masa spm memang hampeh hahah. Dan untuk pengetahuan korang, student yg layak dapat elaun bulanan sebanyak RM250. Aku dapat elaun tapi nak tunggu elaun masuk tu memag kdg lambat pastu atm depan guard selalu rosak.
First time masuk kmj tu mmg lonely la. Yelah dulu bukan sekolah kat johor dulu so mmg takde member la kat sini. Aku ni bukannya jenis yg friendly so susah nak berkawan dengan org yg tak kenal. Tapi nasib baik terjumpa sorang member aku masa kat Mrsm Pasir salak dulu. So ada la member nak teman gi makan ke lepak ke sebab awal2 masuk matrik masa tu bulan puasa.
Dekat matrik kelas dipanggil praktikum. Tapi ada je panggil kelas sbb lagi senang. Nama kelas aku MD10. Total student kelas aku ada 25 orang. Masa first kelas time sem 1 memang semua aku tak kenal, so agak krik2 juga mula2. Yang lain pun sama semua senyap je. Lama-kelamaan bising juga lagi2 ada dua orang yg bising dalam kelas Danish dgn Anis. Kalau takde diorang mmg senyaplah klas aku.
First time masuk kmj tu mmg lonely la. Yelah dulu bukan sekolah kat johor dulu so mmg takde member la kat sini. Aku ni bukannya jenis yg friendly so susah nak berkawan dengan org yg tak kenal. Tapi nasib baik terjumpa sorang member aku masa kat Mrsm Pasir salak dulu. So ada la member nak teman gi makan ke lepak ke sebab awal2 masuk matrik masa tu bulan puasa.
Dekat matrik kelas dipanggil praktikum. Tapi ada je panggil kelas sbb lagi senang. Nama kelas aku MD10. Total student kelas aku ada 25 orang. Masa first kelas time sem 1 memang semua aku tak kenal, so agak krik2 juga mula2. Yang lain pun sama semua senyap je. Lama-kelamaan bising juga lagi2 ada dua orang yg bising dalam kelas Danish dgn Anis. Kalau takde diorang mmg senyaplah klas aku.
Ni lah muka member kelas aku awal2 sem1, masih lagi suci dan innocent.
Belajar kat matrik ni bagi aku masa memang padat. Kelas dari pukul 8 pg sampai 4 ptg. Tu tak tambah lagi dengan assignment, campur lagi extra kelas kalau ada lecturer nak buat. So mmg penat belajar kat matrik ni. Tapi sometime fun juga, ptg2 kalau free ada yg jumpa lecturer nak tanya soalan. Ada juga yg pergi bersukan kat padang. Lecturer kat matrik ni aku oleh cakap berbagai-bagai. Macam cikgu sekolah menengah ada, yg macam lecturer uni pun ada. Kalau yg macam lecturer uni oklah sikit dia, kalau waktu kelas tutorial dia tak check sangat assignment tapi masih ajar juga. Yang sakitnya lecturer macam cikgu sekolah, bagi banyak homework pastu kena bebel kalau tak siap assignment. Dia akan push student to the limit tanpa penat. Aku tau sebab kebanyakkan lecturer aku dari sem 1 sampai sem 2 mmg jenis mcm ni. Kadang2 aku menyirap juga tapi bersyukur sebab tanpa mereka, mungkin result final exam aku lagi teruk.
Walau apapun, semua lecturer memang baik belaka. Kat matrik ni student suka waktu kuliah sebab masa ni dlm 4-5 kelas akan bergabung belajar kat dewan kuliah. So ada yg tak datang, ada yg tidur, ada yg gi makan kat kedai. Klau dapat lecturer yg strict susah sikit la. Kat bawah ni aku tunjuk dewan kuliah tempat aku belajar. Dari sem 1 sampai sem 2 mmg kat sini je.
Untuk modul sains juga ada kena buat eksperimen. Waktu ni kena panggil kelas Lab sebab buat kat lab. Subjek yg kena buat fizik, kimia bio. Setiap eksperimen tu ada carry mark untuk final. Masa nak masuk lab, semua student kena pakai labcoat warna putih. Takda labcoat takleh masuk lab kecuali kalau dah habis eksperimen awal boleh buka labcoat dulu. Lab class ni selalunya ada 2 lecturer supaya senang kerja nak cek result eksperimen tapi ada juga yg ada 1 je lecturer. Untuk subjek sains comp pun ada lab juga, lab computer. Selalunya kelas lab sains comp kalau sem 1 yg aku ingat kerja banyak guna photoshop dan kalau sem 2 banyak coding sebab kelas programming.
Satu lagi kelas ialah kelas tutorial. Waktu student belajar kat kelas tutorial. Kelas tutorial, Lab dengan dewan kuliah dia lain2 bangunan so dia tak campur. Selalunya waktu ni lecturer akan ajar buat latihan tutor atau discuss jawapan assignment yg dibagi. Presentation pun akan dibuat pada waktu ni. Kelas ni yg selalunya akan ada yg menggelupur sebab takut lecturer marah sbb tak siap assignment atau tutor.
Sepanjang aku kat matrik, aku memang jarang bersosial. Member kelas aku dengan roomate aku ni lah member aku kat matrik. Tambah lagi sejak masuk matrik, aku jarang bersukan so berat badan aku bertambah banyak. Asyik makan banyak kat cafe hahaha. Banyak lagi aku nak cerita so aku sambung kat Part 2.
Disclaimer: semua gambar diatas dari laptop aku.
boek do dak matrik kau
ReplyDelete