Larian SAKTI



Assalamualaikum....hari ini saya ingin mengongsikan kisah saya menyertai pertandingan merentas desa di sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI). Pertandingan ini diadakan pada setiap tahun. Jadi, tahun 2018 adalah tahun terakhir saya di sekolah tersebut jadi saya bertekad untuk mendapatkan 'medal' bagi menyumbang mata untuk rumah sukan saya.


Perasaan semakin lama semakin gelisah. Jantung saya berdegup semakin laju. Sebelum pertandingan bermula, saya sebagai ketua rumah sukan menguruskan ahli-ahli saya dengan memberikan pin kepada mereka untuk melekatkann nombor pada baju. Debaran semakin terasa, pertandingan hampir bermula. Sorakan setiap rumah sukan memeriahkan lagi pertandingan ini. Tidak lama kemudian, semua pelajar lelaki kategori bawah 18 diminta untuk berkumpul di hadapan garisan permulaan. Badan saya terasa kehilangan roh tetapi saya kuatkan semangat dan beristighfar kepada Tuhan. Saya meletakkan earphone ke telinga saya, memainkan lagu yang rancak dan tenangkan diri. Dalam beberapa minit, hon berbunyi menandakan larian sudah pun bermula.Saya memulakan larian saya dengan langkah yang panjang untuk menduduki tempat yang hadapan supaya tidak tertinggal ke belakang. Semua peserta berlari dengan begitu semangat membuatkan saya tidak mahu kalah dengan mereka. Larian pada seawal 3 km berjalan dengan lancar tiada masalah. Apabila saya tiba pada tempat pemberian air, saya meminta untuk diberikan air kosong sahaja, tetapi orang yang jaga air tersebut memberikan saya air 100 plus. Saya tidak memikirkan apa-apa, saya terus ambil cawan polisterina yang berisi air 100 plus dan meminum sedikit untuk membasah tekak. Perut saya mula terasa sakit senak. Bagi menghilangkan rasa sakit saya menuangkan air 100 plus yang masih berbaki di dalam cawan dan mengunyah cawan polisterina tersebut. Saya cakap dalam hati saya,"takda benda yang mustahil". Larian diteruskan dengan beberapa kilometer sahaja lagi. Saya membantu rakan seperjuangan saya yang berjalan keletihan. "Jom ikut aku, sikit je lagi, dah nak sampai". Saya pun pimpin tangan rakan seperjuangan saya dan dia senyum kepada saya. Dia berkata "Takpe aku boleh, kau larilah dulu". Saya pun meneruskan larian saya tanpa ragu-ragu. Larian saya mulai lemah dan perlahan tetapi saya tetap kuatkan semangat saya dan teruskan larian. 1km terakhir saya mula nampak pagar belakang sekolah saya menandakan saya hampir tiba dengan garisan penamat. Tapi malang tak berbau, perut saya mula sakit dan tekak terasa loya. Saya tidak dapat tahan lagi, lalu saya muntah tetapi saya teruskan langkah saya untuk menghabiskan larian. Selepas itu, saya muntah buat kali kedua. Rakan seperjuangan saya menghampiri saya dan mengusap belakang saya "Jom Sapek,dah nak sampai ah". Saya pun mengangguk. Saya teruskan larian tanpa putus asa, melepasi pagar belakang sekolah, padang dan akhirnya garisan penamat yang terletak berdekatan dengan dewan sekolah. Saya mengambil nombor daripada guru yang bertugas. Lalu saya melihat pada nombor tersebut dan saya tersenyum kerana saya telah mendapat tempat yang ke-9 dalam pertandingan merentas desa. Kemudian, saya terus rebahkan diri saya di atas jalan tar sambil tersenyum. Saya punya kegembiraan hanya Tuhan sahaja yang tahu. Cikgu pun menegur saya "Safiq,awak ok tak? " "Saya ok cikgu". Selepas itu, saya memberikan semangat kepada ahli pasukan saya yang sedang berlari untuk mengumpul mata.

Setelah selesai sudah acara merentas desa. Upacara yang dinantikan oleh saya dan semua pemenang iaitu upacara penyampaian hadiah. Penyampaian hadiah dimulakan dengan sorakan setiap rumah sukan dengan begitu meriah sekali. Hadiah yang berbentuk 'medal' disampaikan yang dimulai dengan  kategori bawah 13, bawah 15 dan bawah 18. Semasa giliran saya mengambil 'medal' , perasaannya begitu gembira, teruja dan sedih. Bercampur-baur. Selepas itu, setelah selesai upacara penyampaian hadiah, pengumuman kedudukan tempat pertama,kedua,ketiga dan keempat bagi rumah sukan. Pengumuman dimulakan dengan tempat keempat iaitu rumah Sigma (merah). Kemudian tempat ketiga, rumah Beta (hijau). Debaran semakin terasa, saya hampir menangis. Pengumuman seterusnya, tempat kedua diduduki oleh rumah Gama (kuning) dan secara automatik tempat pertama diduduki oleh rumah Alfa (biru). Saya berasa kecewa tetapi saya tanamkan dalam diri saya "takpelah mungkin ada hikmahnya, kalah menang adat permainan". Walaupun rumah sukan saya mendapat tempat kedua, rumah kami juga mendapat piala.




Hari tersebut merupakan hari yang bersejarah dan kebanggaan bagi saya kerana telah berjaya mendapat 'medal'. Saya sebagai ketua rumah sukan berasa bangga dengan pencapaian anak buah saya sewaktu hari tersebut. Tanpa mereka tiadalah kemenangan untuk kami semua. Akhir kata, GAMA...tetap jadi GAMA...kitalah juara.

Comments

Popular Posts