Bicara Berirama

Assalamualaikum dan selamat datang ke CERITARA MARKAZ kami....korang mesti ade kenangan yang tak boleh korang lupa dengan kawan-kawan and sama seperti aku...terlalu banyak kenangan yang aku dan kawan-kawan aku cipta pada zaman sekolah tapi kali ni aku nak story sikit pasal kawan sekolah menengah aku time aku form 5 and boleh dikatakan time ni la aku rasa paling rapat dan takut untuk kehilangan kawan-kawan aku ni sebab aku tahu bila dah habis SPM semua akan ikut haluan masing-masing kan...hurm sedih woo huhu...ape yang buat aku lagi sedih bila teringat semua kenangan kiteorang time form 5 tu so untuk melepaskan rindu tu better aku throwback kat sini la kan sebab semua kawan-kawan aku busy and takde masa untuk semua ni...ok lets start...





Ni antara gambar-gambar yang diambil ketika pertandingan bicara berirama peringkat sekolah dan kami mewakili kelas 5Sains dalam pertandingan itu...so sebelum kami menjadi juara (ehh terlepas pulak) hehe..macam-macam yang berlaku sebelum pertandingan tu yela masing-masing bergaduh sebab nak selitkan idea untuk menang dalam pertandingan tu kot...tapi alhamdullillah walaupun kami bergaduh nasib baik la kami dapat berbaik sebelum hari pertandingan tu dan selepas tenaga,masa,idea yang diberikan oleh kawan sekelas aku akhirnya kami dapat memberikan persembahan yang terbaik sehingga dinobatkan sebagai juara huhu...Tak dilupakan  Cikgu zuraini juga antara orang yang dah banyak membantu kami dalam memberi idea yang sangat bernas,banyak menghabiskan masa untuk kami dalam rehearsal dan tak dilupakan jugak cikgu Zuraini belanja kami makan sebab kami dah jadi sang juara kan..hehe...




Actually banyak lagi kenangan kami sehinggakan aku tak tahu patut pilih yang mana untuk diceritakan tapi yang penting kenangan itu takkan pernah hilang dalam ingatan aku walaupun masa telah menghayutkan kenangan kami bersama.

Comments

  1. Harap2 persahabatan yang dah terjalin akan trus kekal sampai bila2... Amin in shaa Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts