Perjalanan Dalam Mengejar Cita-cita (chapter2)
...Lalu aku pulang ke Kelantan dengan perasaan yang agak sedih and tak tahu macam mana nak bagitau kat parent aku yang aku tak terpilih untuk join ALAM tapi semangat aku masih tak terpadam and seminggu selepas itu aku nekad untuk membawa diri aku ini tanpa menyusahkan sesiapa lagi untuk ke negeri bersejarah iaitu Melaka untuk meneruskan lagi perjuangan aku dalam bidang ini walaupun aku tahu yang aku terpaksa tempuhi pelbagai cabaran sewaktu berada di Melaka kelak.
Menunggu ketibaan bas untuk ke Melaka
Setibanya di Melaka Sentral,aku menaiki bas ke Masjid Tanah yang mengambil masa dalam satu jam untuk sampai...memandangkan aku tak pernah ke Melaka dengan bas sebelum ini so aku tak tahu macam mana cara untuk aku ke ALAM...so aku tak tahu kenapa aku mengambil keputusan untuk jalan kaki menuju ke ALAM yang jaraknya lebih kurang 16km dari Masjid Tanah and selepas hampir 5km berjalan di bawah mentari yang terik,datangnya hamba allah menaiki bas yang menumpangkan aku untuk ke sana tapi hanya separuh jalan and lepas tu aku terpaksa berjalan lagi lebih kurang 2km and time tu jugak allah permudahkan urusan aku sekali lagi dengan menghadirkan seorang pakcik yang ingin menumpangkan aku sehingga ke ALAM dengan menaiki kereta kancilnya itu..selepas itu aku pun pergi ke chalet yang aku pergi dengan pakcik aku tempoh hari untuk aku bermalam dengan harapan keesokkan harinya aku yang masih mengharapkan ada sinar untuk aku belajar kat ALAM
Tanpa mengambil sarapan pada pagi itu aku terus menyiapkan diri untuk ke ALAM dan sekali lagi dengan bantuan pakcik chalet itu dia meminjamkan aku sebuah motosikal yang agak usang bersama topi kura-kura untuk aku ke tempat interview akan tetapi sebelum memulakan perjalanan aku terpaksa mengepam tayar motosikal yang pancit itu sebelum aku meneruskan perjalanan aku.
Setelah selesai mengambil exam aku terpaksa menunggu untuk mengetahui keputusan yang aku dapat dengan penuh debaran kerana kalau aku tak dapat masuk ALAM aku tak tahu ke mana hala tuju aku selepas aku menolak tawaran dari matrik,uitm,dan pelbagai universiti tapi alhamdullillah dengan berkat usaha aku...aku dapat meneruskan cita-cita aku dalam bidang ini bila aku terpilih menjadi salah seorang dari cadet ALAM. Akan tetapi urusan aku pada hari itu belum selesai dan aku terpaksa menunggu untuk dipanggil sekali lagi untuk di interview oleh pihak syarikat yang menawarkan biasiswa untuk cadet-cadet ALAM ini iaitu EagleStar.
Aku yang tak sabar untuk pulang ke chalet pakcik itu yang telah memberi sokongan moral kepada aku untuk meneruskan perjuangan ini dan memberi tahu kepada parent aku yang aku dapat meneruskan cita-cita aku kat ALAM tapi sebelum pulang ke chalet aku mesti mengepam tayar motosikal pakcik tu dulu...(haa nasib baik aku bawak pam dalam raga motosikal tu)...setelah sampai ke chalet aku melihat makanan yang terhidang di atas meja yang disiapkan untuk aku oleh pakcik itu seolah-olah dia tahu yang perutku belum diisi dari subuh hingga waktu magrib...
Dipendekkan cerita,esoknya aku terpaksa pulang ke Kelantan dan bila aku ingin memberi sedikit wang kepada pakcik itu kerana menumpangkan aku kat chalet dia pun menolak walaupun aku sedar duit yang aku bagi tu bukan lah setimpal dengan bantuan yang diberikan..aku sangat bersyukur walaupun perjalanan aku tak seperti perjalanan orang lain kerana dalam perjalanan aku itu aku telah berjumpa ramai orang yang baik...
Pada hari jumaat yang terakhir sebelum hari raya iaitu 3 minggu selepas aku pulang ke Kelantan,aku mendapat panggilan daripada pihak ALAM yang memberitahu bahawa aku telah mendapat sponser daripada EagleStar untuk aku meneruskan cita-cita aku untuk menjadi kapten kapal seperti sepupuku itu...terdiam aku terpaku setelah segala usaha dan doa selama ini diperkenankan oleh Allah SWT...
Tammat...
Comments
Post a Comment