CABIN 117

Assalamualaikum semua harini saya nak ceritakan sikit roommate saya dekat ALAM sem 1 dan sem 2 . Sepanjang saya duduk diasrama ni antara roommates yang mantaplah yang pernah saya ada. Saya tak menyesal roommate dengan mereka ni sebab honestly dorang memang best. Sebab apa best? hah biar saya cerita sikit kenapa... ok firstly yang gambar 6 orang tu gambar roommate masa kami dekat 321 dan 117 . Tapi kami sekarang ahli roommates yang baru iaitu boy, sebab Jeromy pindah sebab-sebab tertentu masa awal sem 2. okay Jom kita pergi sorang-sorang ahli roommates Cabin 117.Oops sebelum tu fakta menarik cabin kami satu-satunya mempunyai 3 oang budak deck dan 3 budak engine. 

Ini Zulhairy orang nogori Port Dickson . Zul atau orang ramai panggil John Wick . Hah nama dah mantapkan . Kalau nak tahu zul ni memang mantaplah dari segi belajar dan agama. Fuh 5 waktu dekat surau. Memang bagus orangnya. Zul memang selalu ajak kami roommate solat dekat surau. Selalu memberi nasihat macam-macam dekat kami . Zul dekat sini ada abang . Abang dia DCC mantap ah abang dia , baik orangnya humble dan Pandai. Saya doakan mereka teruskan perjuangan mereka dan berjaya dunia akhirat.

Hah ini Iman orang panggil dia newboy ,nak tahu kenapa newboy sebab dia masuk 3 mggu selepas kitaorang masuk hahaha, dia tak kene induction weeks semua tu , tapi nak tahu apa yang menarik tentang iman? iman bab belajar memang mantap , tak pernah putus asa walaupun masuk lambat masuk. Hah pointer dia 3.5 atas tau. Mantap en . hah ini lah Iman anak captain  tapi humble  tak pernah sombong rajin belajar . Semoga teruskan cita-cita untuk menjadi captain seperti ayahnya ,InsyaAllah.
Okay ni handsome boy cabin 117 . nama panggilan sunio (cerita doraemon) . Sebab apa tak tahu tapi dekat boat house abang anas panggil sunio. Danial ni kat bilik paling bangsawanlah bab kata iman.  Sebab dia kalau order makanan memang banyaklah untuk dia sorang. Tapi danial tak pernah kedekut untuk share makanan dengan kitaorang. Danial ni lah selalu sediakan movie setiap malam minggu . So setiap malam minggu kami selalu order makan kat kedai geng then layan movie sama-sama. Hah mantapkan roomates saya.

Hah ini Luqman . Hah ini Luqman . Dia ni memang selalu layan anime onepiece lah itu lah ini lah .Tapi walaupun selalu tengok anime study perform juga ,clear semua exam. Luqman ni orang kedah geng-geng dragon boat dengan saya dan danial.


okay ni jeromy, orang perak.  Jerom ni memang antara india-india yang baiklah .  Tak  buat masalah dekat bilik. Memang bagus orangnya . Tapi Jerom jarang lepak dekat bilik. saya doakan Jerom lebih berjaya dekat tempat baru. Goodluck Jerom . 

Sekarang kami ada roommates baru iaitu Boy Prata . Hah orang ramai panggil Boy . Takda gambar pulak nak tunjuk hahah . Boy budak sarawak memang budak baik . Semenjak dia masuk cabin 117 makin baik dan rajin alhamdulillah . Budak MuayThai . Memang power teruk . Tapi yang pasti boy memang humble .Sekian cerita roommates 117 . Sekian terima kasih . Doakan kami berjaya menjadi Captain dan chief Engineer  Kapal Insya Allah.



Comments

Popular Posts