East to West (Part 1)

 To be honest aku dah takde idea nak buat entry pasal apa so aku decide nak buat pasal trip dari borneo ke semenanjung Malaysia. Memandangkan aku kene naik 3 flight + 2 transit so aku bahagikan kepada part 1 and part 2.

Sebenarnya tak perlu naik 3 flight pun sebab destinasi aku Labuan je tak jauh pun dari Limbang setakat naik feri tapi disebabkan musim covid ni banyak transportion rentas negeri terjejas so aku kene naik 3 flight.Sebenarnya aku frust sikit sebab duit aku banyak dihabiskan sebab tiket flight tak cukup dengan tu duit aku Rm166 lesap sebab waktu first attempt nak book guna apps Malaysia Airlines ada error tiba-tiba pula tapi payment dah successful so duit tu sekarang tengah berada di awang-awangan dunia maya. 

By the way, fyi waktu aku buat entry ni aku tengah transit kat Miri untuk 1 malam. So sementara tu aku jalan-jalan kat Coco-Cabana (BTW dalam semua tempat yang aku mention dalam entry ni kalau korang tak tahu apa2 korang buat2 tahu jelah sebab kita sama2 orang Malaysia hahaha) 

So ni la Coco Cabana sebenarnya banyak benda kat sini tapi aku malas nak snap banyak so aku snap gambar kuda laut ni sebab kalau tak silap ni la mercu tanda untuk daerah Miri.

So untuk esok (sehari selepas aku buat entry ni) aku akan sambung balik 2 flight+1 transit, Miri - Labuan - KL. Stay tuned

Comments

Popular Posts