Solat Di Masjid (Norma Baharu)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Memandangkan PKP dilonggarkan sedikit, para jemaah muslim akhirnya dapat menunaikan solat jemaah di masjid dgn mengikuti SOP. Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua bagaimana jemaah di masjid berdekatan dgn rumah saya solat sunat aidiladha disana sambil mengikuti SOP. 

Pertama sekali, jemaah semestinya wajib memakai mask. Seterusnya, jemaah akan dibagikan kupon sebelum masuk ke masjid oleh anggota RELA supaya pihak masjid dapat mengetahui berapakah jumlah jemaah yg hadir ke masjid sbb ada limit untuk solat jemaah di masjid. Tapi selalunya pemberian kupon akan dibagi pada solat jumaat dan hari raya.


Sumber: Handphone saya


Seterusnya, para jemaah mesti cek suhu dgn para petugas masjid. Lepastu para jemaah kena tulis nama, no telefon dan suhu didalam buku catatan masjid.Saya rasa part SOP ini macam biasa di semua tempat.


Sumber: Handphone saya

Lepas dah tulis, para jemaah masuk ke masjid dan perlu memenuhi kekosongan dalam saf. Berdasarkan SOP, setiap jemaah haruslah menjarakkan diri sebanyak 1 meter dengan jemaah lain. Tidak kira depan, belakang, kiri dan kanan. Ini untuk mengelakkan diri drpd terkana contact sesama jemaah. Satu perkara lagi, para jemaah haruslah menggunakan sejadah sendiri kerana ia adalah salah satu daripada SOP yg ditetapkan ketika solat di masjid.


                                             Sumber: Handphone saya

Habis je solat, para jemaah duduk diam untuk mendengar khutbah daripada khatib pada
 hari tersebut. 


Sumber: Handphone saya

Sejujurnya saya rasa bersyukur kerana kembali dppt solat jemaah di masjid setelah lebih berbulan dilarang solat di masjid atau surau disebabkan oleh COVID-19. Sekian.





Comments

Popular Posts