Assalamuaikum dan selamat sejahtera, Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menyambut hari raya aidilfitri semasa PKP. Umum mengetahui, dunia sedang mengalami krisis yg mencabar iaitu pandemik COVID-19. Malaysia tidak terkecuali daripada terkena pandemik tersebut. Ia sangat menjejaskan negara kita termasuklah sambutan hari perayaan.
Raya pada tahun kali ini semestinya tidak meriah berbanding tahun2 yg terdahulu. Para lelaki muslim sama sekali tidak dibolehkan untuk solat jemaah di masjid atau di surau. Ini termasuklah solat Jumaat dan solat Hari Raya. Justeru, para muslim di sunatkan untuk solat berjemaah raya di rumah. Seperti keluarga saya, kami solat bersama-sama di rumah.
Ayah saya menjadi sebagai khatib untuk membaca khutbah kecil melalui telefonnya selepas mengimamkan solat hari raya. Agak janggal sebenarnya bila saya tengok ayah saya jadi khatib. Nak tergelak pun ada sbb kelakar.
(Sumber: Handphone saya)
Selepas mendirikan solat sunat hari raya, kami sekeluarga bersama-sama mengambil gmbr. Justeru, kami semua saling bermaaf-maafan antara satu sama lain dan rasa bersyukur kerana masih hidup sihat sejahtera walaupun negara sedang ditimpa pandemik COVID-19.
(Sumber: Handphone sendiri)
Habis je tangkap gmbar, kami semua pergi menjamu selera. Macam2 juadah dihidangkan atas meja. Maklumlah raya. Makanan utam semestinya my favorite burasak. Kena lagi dgn lauk ayam masak merah dan daging masak kicap, memang mantul.
(Sumber: Handphone saya)
Hari raya pertama ni aku boleh cakap agak suram sbb selalunya akan ramai saudara akan dtg rumah aku waktu mlm tapi sbb ada SOP yg perlu diikut, mereka tak dtg. Esok nya baru diorang dtg. Waktu ptg raya pertama keluarga aku pergi beraya rumah saudara sepupup kat kampung sebelah.
(Sumber: Handphone saya)
Raya tahun ni pun tak banyak gmbr pun nk ootd. Saudara yg dari bandar tak balik.
(Sumber: Handphone saya)
Itu saja kisah raya aidilfitri dari keluarga saya. Sekian.
Comments
Post a Comment