Kimi Raikkonen, the Iceman
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada blog yg lepas aku dah ckp pasal pasukan favourite aku dalam F1. Kalini aku nak ckp pasal pemandu favourite dalam F1 pula. Sebagai orang tahu sedikit sebanyak pasal F1, mesti orang akan minat dgn Hamilton, Vettel mahupun Alonso kerana mereka banyak meraih kejuaraan dunia F1 mahupun podium. Namun, pada pendapat aku, aku sgt meminati pelumba berasal dari Finland. Fans2 tegar F1 mesti kenal dgn Iceman ni sbb dia ni sgt cool dan tenang didalam mahupun di luar litar.
Secara ringkasnya, dia memulakan karier di F1 pada tahun 2001 bersama Sauber. Tahun seterusnya, beliau memandu untuk pasukan Mclaren sehingga 2006. Semasa bersama dgn Mclaren, beliau beraksi dgn cemerlang terutamanya pada musim 2005 dan 2006 Beliau banyak memenangi podium dan memberi banyak tekanan terhadap pencabar utamanya iaitu Fernando Alonso namun tidak dapat menyayinginya untuk menjadi juara dunia 2005 dan 2006.
Setelah beraksi cemerlang dgn Mclaren, beliau telah menyertai Ferrari pada musim 2007 untuk menggantikan Michael Schumacher yg telah bersara. Beliau beraksi selama 3 tahun dari 2007 hingga 2009. Pada musim 2007, beliau beraksi sgt cemerlang bersama Ferrari apabila beliau menjuarai F1 2007 mengatasi pencabar utama dari Mclaren, Hamilton sebanyak 1 point.
(Sumber: Google images)
Musim seterusnya, Kimi Raikkonen bersama rakannya Felipe Massa berjaya membantu Ferrari menjuarai Kategori pasukan. Namun, mereka berdua gagal untuk menjadi juara dunia F1 apabila Lewis Hamilton dari Mclaren berjaya menjadi juara dunia pada ketika itu apabila Lewis memotong Felipe Massa dari segi pungutan mata pada saat akhir.
(Sumber: Google images)
Pada musim 2009, pasukan Ferrari mengharungi satu musim yg sangat suram apabila hanya memenangi satu perlumbaan sahaja dari kesemua perlumbaan pada musim tersebut melalui Kimi Raikkonen. Beliau memenangi perlumbaaan di Litar Belgium dan itu adalah satu-satunya kemenangan yang diperoleh untuk Ferrari. Setelah musim tersebut telah tamat, Kimi telah memutuskan untuk meninggalkan dunia F1 dan menyertai sukan permotoran Rally.
(Sumber: Google images)
Sambungan part 2.......
Comments
Post a Comment