LANGKAWI VACATION

LANGKAWI VACATION

Hi guys! Assalamualaikum, welcome back to blog rahman , setelah sekian lama tak tulis blog kan. so hari ni rahman nak kongsi sikit trip rahman ke Langkawi. Actually this is unpllan trip lah kan, sebab first plan rahman cuma nak teman Qayyum amik barang dekat universiti dia iaitu dekat UNIMAP. So Qayyum bercadang untuk masuk ke Langkawi untuk short vacation. So kami berlima iaitu Rafiq, Qayyum, Muiz, Aze dan saya yang sertai trip ke langkawi ni.

 Kami bertolak dari Klang pada 30 Jun malam jam 2215 . kami tiba di Kangar perlis dalam jam 7 pagi. setelah solat subuh .mujur ada akak saya yang bekerja di sana dan dia pinjamkan saya kereta untuk ke UNIMAP dan ke Jeti Kuala Perlis. Dan kami un menuju ke UNIMAP dan Ke jeti kuala Perlis. Kami naik feri pada jam 10.30 pagi dan tiba di Langkawi pada jam 12 tengah hari.

Kami telah sewa kereta di sana , tiba kami di sana kami terus ke kereta. hari pertama kami terus ke tugu yang popular di Langkawi iaitu tugu helang. kemudian kami ke hotel. setelah mandi kami berehat, kami mandi di kolam disitu . malam tersebut kami keluar ke Pantai chenang. Pelancong agak kurang kerana kami pergi pada hari biasa dan musim covid 19 sekarang ini.

Kami berjalan di tepi pantai sambil menghirup udara segar dan sambil melihat persembahan api.



keesokan harinya kami ke aktiviti ISLAND HOPPING yang hanya berharga RM35 sahaja ! hah sangat seronok , kami pergi ke 3 pulau iaitu pulau dayang bunting, eagle feeding island dan pulau beras basah.\kami bermandi manda di tasik dayang bunting selama sejam. Agak seronok dan menenangkan suasa disana. pengalaman yang seronok bagi saya sebab ini pertama kali saya pergi ke Langkawi. keesokan harinya kami pergi ke group Haji Ismail untuk membeli coklat coklat untuk dibawa ke rumah masing-masing.  sekian trip saya ke langkawa, satu pengalaman yang sangat seronok dan menarik . Saya hanya guna dalam RM200 lebih untuk trip ini .Korang boleh  datang ke 
 langkawi untuk trip yang menarik. Sekian!

Comments

Popular Posts