EMPANGAN TIMAH TASOH

PENGALAMAN KE TIMAH TASOH PERLIS
Hi Assalamualaikum semua ! hari ni Rahman nak cerita pengalaman Rahman pergi ke Empangan Timah tasoh di perlis. Sambungan dari Rahman hiking sebelum ni , pada petang tersebut selepas makan tengah hari, kami bercadang untuk singgah sementara ke Timah Tasok .

Empangan Timah Tasoh merupakan empangan yang terletak 17 KM ke utara bandar Kangar yagn terletak dalam mukim berseri. Nama empangan diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Singai Tasoh.




Saya tiba disana leboh kurang pada jam 4 ke 5 petang begitu . Pemandagan disitu begitu tenang dan dihiasi awan-awan dan sinaran matahri yang sangat indah. Tasik ini kelihatan begitu luas.

Di Tasik ini juga kebiasaan nya setiap tahun akan mengadakan aktivti seperti menaiki 'LASER' iaitu kapal Layar dan beberapa aktivti sukan air lain. Akan tetapi semasa saya tiba disana tiada sebarang aktiviti tidak dijalankan. Hanya terdapat beberapa orang yang ingin mengambil gambar disana dan seorang pemandu boat. 

Tempat ini juga sesuai untuk berkelah dan menenangkan fikiran . Saya sarankan ini adalah tempat-tempat yang perlu anda kunjungi sekiranya anda melawat Perlis. Sekian saja perkongsian saya pada hari ini, Terima Kasih.


Comments

Popular Posts