AKU SAKIT, ENGKAU SUKA ( SAJAK )

DARI BENIH AKU BERCAMBAH,
HARI DEMI HARI,
AKU BERCAMBAH MENCAPAI MENTARI,
PUCUK AKU MULA TERLIHAT,
AKU MULA  BERTUNAS.



TAMPAK MANUSIA AKU DISITU,
AKU DIPIJAK,
AKU TETAP TUMBUH KEATAS,
AKAR AKU TERUS MENDALAM KEDASAR SANA,
MENCARI SUMBER AKU DIATAS.




AKU NAMPAK INDAH BILA PENDEK,
TAPI AKU MAHU PANJANG TINGGI,
MEREKA SERING POTONG AKU,
PIJAK AKU.



TAPI,
AKU HIDUP UNTUK TUTUP BURUK SEMUA,
APA AKU DAPAT?
DIPIJAK,
TIDAK DIHARGAI,
BILA AKU MAHU PANJANG,
AKU DIPOTONG.



AKU SEDAR,
AKU TAK SECANTIK YANG LAIN,
TAPI TANPA AKU,
SIAPA MAHU JADI SELIMUT BUMI,
SAYANGLAH DIRI AKU

NUKILAN : C4pt.Kim

Comments

Popular Posts