happiness

The day after tomorrow is such a long day.

Moment aku bangun dari tidur ku yang lena aku terasakan sangat berat dan tak berdaya mungkin ini lumrah kehidupan mengharungi setiap detik bersama keluarga tetapi tahun ni mungkin berbeza x seperti tahun-tahun yang lain .

Aku sangat merindukan keluarga ku yelah hidup terpisah dek kerja dan belajar mane mungkin ibuku yang berada di selangor boleh merentasi negeri disebabkan covid . Dari saat ku umur 12 aku dihantar untuk bersekolah asrama penuh SOFA(rembau) manekala diakhir tingkatan 3 aku bertukar sekolah atas kehendak sendiri yang mane aku masuk ABIM seremban juga berasrama tapi hanya sebilangan .

Habis sahaja aku bersekolah aku meneruskan kehidupan dengan belajar sebagai seorang pelajar tahfiz di maahad tetapi dikalungkan ijazah sebagai seorang yang berpegangkan diploma . Mak dan nenekku memberitahuku untuk melanjutkan ke mesir tetapi keinginan ku berbeza dengan pendapat mereka kerana aku sudah lama hidup berkelana menuntut ilmu untuk diri sendiri yang mane aku tahu sekarang diploma yang aku pegang banyak memberi manfaat kepada keluargaku . Menjadi imam , membaca talkin , membuat solat terawikh dll .

Aku sengaja mengelakkan diri untuk berkelana lagi kerana aku tahu aku mungkin tidak berjumpa meraka seperti sediakala kerana aku jarang bergaul membuatku terasa sedikit (awkward) yelah berjauhan tetapi aku sayang meraka seperti mana mereka menyangi ku . Aku membuat hasrat untuk menyambung pelajaran sekali lagi untuk sekalung ijazah diploma hanya untuk mengubah persepsi ayahku yang mana pelajar tahfiz hanya boleh buat bidang agama sahaja .

Ibuku sering menasihati ku belajar rajin bang buktikan dkt meraka yang kamu boleh buat dan mane tahu satu hari nanti kamu berjaya lepastu kamu menyenangkan keluarga kita . Terlintas dihatiku bertapa susahnya sebagai seorang anak sulung untuk menharungi kehidupan yang penuh bertopengkan malaikat dan syaitan ye itu aku panggil ia sebagai satu lumrah hidup . Aku tidak tahu tetapi kini aku tahu dan aku x mahu bende itu berulang disebabkan itu aku bertukar arah dan mencari kebahagiaan sendiri dan untuk ibuku anak beranak .

Ramai mempertikaikan ape yang aku buat sebagai hanya buang masa tetapi bagiku tidak ia satu batu loncatan yang mane diakhir nanti aku boleh bahagiakan kelurgaku seperti keluarga orang lain . Sudah lama aku mimpikan kehidupan seperti itu tetapi apekan daya kudrat ku mase lampau tidak terdaya hanya sekarang yang aku boleh buktikan . Ye aku nekad dengan sekalung ijazah tahfiz aku boleh buat untuk sekalung ijazah pelayaran . Masa mungkin berubah tetapi ia hanya satu peluang untukku mengubah kehidupan ini menjadi kehidupan yang lebih baik seperti mane dalam Lagu sekolah ku (jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh) dan aku pengang sampai aku berjaya INSYA'ALLAH amin .

Biarlah rahsia yang ku pegang hanya untuk diriku sendiri dan tidak terjadi kepada keluarga ku yang lain , biarlah kepedidan ini hanya untuk diriku sendiri . Sakit selamanya x bererti aku tidak boleh .

Yang ikhlas,
Danish

Comments

Post a Comment

Popular Posts