What's up guys. Kali ni aku nak cerita sikit pasal kereta JDM. Kalau korang jenis 'hardcore fan' kereta jepun (macam aku), mesti korang minat kereta JDM yang famous macam supra,gtr,evo &etc.Tapi kali ni aku tak nak cerita pasal kereta yang mainstream so aku pilih nak buat tajuk pasal JDM Unicorn iaitu tentang kereta yang jepun yang super rare.
Honda HSV
First time aku dapat tahu pasal kereta ni masa aku darjah 3. Aku mati-mati ingat kereta akan ganti NSX tapi sampai sekarang tak masuk dalam production last-last NSX baru pulak yang keluar. Bahagian paling best pasal kereta ni walaupun takda VTEC memang tak lain dan tak bukan bunyi enjin. 3.4 liter V8 bila rev tinggi bunyi kereta betul-betul sebijik macam F1 yang dulu (bukan V6 hybrid macam sekarang) tapi tulaa takda masuk dalam production
Toyota Celica Gt/Liftback (RA28)
Untuk permualaan, aku mulakan dengan sebuah kereta buatan Toyota.Kereta ni sebenarnya bukannya limited production tapi sebab aku pilih kereta ni ialah possibility untuk jumpa kereta ni kat atas jalan raya sesuatu yang sangat sukar.Apa yang menarik pasal kereta ni ialah belakang kereta ni sebiji macam mustang. Imagine bawa kereta ni jalan-jalan, budak-budak zaman sekarang mesti ni ingat ford mustang gt.
Nissan Skyline GT-R (R32) HKS ZERO-R
Ramai orang pernah dengar pasal GTR tapi aku tak rasa ramai yang tau pasal R32 HKS ZERO-R. Sebabnya kereta ni cuma ada 4 je dibuat. Production kereta ni sepatutnya lebih daripada tu tapi disebabkan oleh kos yang terlalu mahal untuk memenuhi syarat ujian keselamatan projek kereta dibatalkan.
Comments
Post a Comment