Volcanic Mud

Kalau korang jenis yang suka barangan kosmetik korang mesti tau pasal Volcanic Mud. Kalau tak silap iklan jenama Nivea Men kat TV pernah cakap pasal Volcanic Mud ni tapi tu semua buatan kilang.So kali ni aku nak cerita pasal Volcanic Mud yang 100 percent pure takda campur-campur.Tanpa korang sedar (aku pun tak sedar jugak) sebenarnya kat Malaysia ada benda yang lagi Rare dari Hot Spring yang aku cerita sebelum ni.
source:http://www.geologypage.com/2015/07/mud-volcano.html
Volcanic Mud ni bukannya macam lumpur biasa sebab tekstur lumpur ni licin,likat dan agak panas.Dia punya panas tu bukan sebab sinaran matahari tapi sumber haba dari kerak bumi. Kelebihan lumpur ni dalam kosmetik ialah merawat kulit,merawat jerawat,dan banyak lagi.Cara nak pakai senang je cuma sapu kat kawasan yang kita nak rawat tapi paling mudah mandi lumpur.
source:https://www.sarawak-vacation-destinations.com/limbang-mud-volcano.html
By de weyh,aku lupa nak mention location.Volcanic Mud yang aku maksudkan sebenarnya terletak kat daerah Limbang (Sarawak lagi guys).Sebenarnya kewujudan Volcanic Mud ni sesuatu yang pelik kat Malaysia sebab lumpur ni biasanya ada kat kawasan gunung berapi sedangkan kat Malaysia mana ada.Orang kampung cakap lumpur tu dah wujud ratusan tahun dulu tapi setakat ni takda lagi orang buat kajian saintifik kat situ.
mud pot (https://www.sarawak-vacation-destinations.com/limbang-mud-volcano.htm0l
Lumpur ni orang kampung panggil Lumpur Berbuak dan lumpur ni takda dasar tapi jangan risau sebab bila korang masuk ke dalam, korang akan terapung macam kat laut mati jadi korang tak akan lemas asalkan korang tak memandai-mandai menyelam ke dalam.
source:https://www.facebook.com/travelgramers/photos/a.625761477845469/650753002012983/?type=3&theater
Selalunya yang datang ke tempat ni ialah orang dari Negara Brunei lepastu macam biasa laa orang putih entah dari mana dia pergi melancong ke Malaysia.Korang kalau tengok orang mandi lumpur kat situ jangan sakai/jakun pulak(macam rusa masuk kampung) sebab rugi kot kalau tak mandi sebab benda ni memang banyak khasiat untuk kulit lebih lagi kalau korang ada allergic.Even orang putih macam muka Post Malone kat atas tu pun mandi jugak...hahaha

Aight guys...thats all

Comments

Popular Posts