PENDIDIKAN TINGGI

OKAY GAIS ASSALAMUALAIKUM SEMUA . RASANYA DAH 2 MINGGU JUGAK AKU TAK SAMBUNG UNTUK ENTRY YANG LEPAS . HAHAHAHA MAKLUMLA TENGAH CUTI PENDEMIC NI , JADI ENTRY PUN TAK DAPAT NAK BEROPERASI.....

ENTRY KALINI AKU AKAN MENCERITAKAN  SAMBUNG PENDIDIKAN AKU .. COME ADA READ ALL OF MY STORIES...


PADA TAHUN 2014 SEHINGGA PENGHUJUNG 2015, AKU MENDAPAT PENDIDIKAN MENENGAH DI SMK TAMAN PASIR PUTIH . SEKOLAH NI TERLETAK BETUL BETUL BERSEBELAHAN DENGAN SEKOLAH RENDAH AKU . HAHAHA BALIK SEKOLAH JE AKU BOLEH LA LALU SAMBIL TEGUR PAK GUARD SEKOLAH RENDAH . AKU MEMANG PERAMAH SIKIT ORANGNYA...

SUMBER:GOOGLE 
HAA TU GAMBAR TU SEKOLAH AKU . PERMULAAN BAGI HIDUP AKU SEBAGAI PELAJAR MENENGAH DAN JUGA PENUTUP KEPADA PENDIDIKAN MENEGHAH AKU . MACAM PESAN MAK AYAH AKU 'BERJAYA MACAM MANA SEKALIPUN , JANGAN PERNAH LUPA PADA TITIK PERMULAAN'...





OKAY SELEPAS HAMPIR 2 TAHUN MENJADI PELAJAR DI SANA , AKU MENDAPAT TAWARAN DARI SEKOLAH PROJEK HOKI JOHOR YANG TERLETAK DI BATU PAHAT , JOHOR..AWAL TAHUN 2016 AKU MULA MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI SEORANG PELAJAR DI SANA . DEMI MINAT AKU TERHADAP SUKAN HOKI YANG SANGAT MENDALAM SEJAK DI BANGKU SEKOLAH , AKU TINGGALKAN SEMUA RAKANKU DI SEKOLAH LAMA UNTUK TERUS MEMPAMERKAN BAKAT AKU.
SUMBER:GOOGLE
SMK DATO BENTARA LUAR . SEKOLAH NI MUNGKIN TIDAK DIKENALI OLEH RAMAI ORANG , TETAPI CUKUP DIGERUNI OLEH SELURUH JURULATIH & PEMAIN HOKI DI MALAYSIA NI . SATU JE SEBAB AKU MINAT UNTUK MASUK SEKOLAH NI....SEKOLAH NI DILENGKAPI SATU PADANG HOKI ASTROTURF (PADANG RUMPUT TIRUAN) YANG MEMPUNYAI SPESIFIKASI DIIKTIRAF OLEH DUNIA . ANGGARAN DALAM 3 JUTA RASANYA .
NI LA PADANG AKU MAKSUDKAN TU . TITIK SAMBUNGAN AKU MENJADI PEMAIN HOKI MUDA PROFESSIONAL . BANYAK TAWA DUKA SEPANJANG AKU DI SINI . PENAT LELAH AKU SEMUA BERBAYAR DENGAN HASIL USAHA AKU SENDIRI . TAPI AKU DEKAT SEKOLAH NI TAK LAMA . 9 BULAN JE . AKU AMIK PT3 KERJA KURSUS DI SINI DAN UJIAN BERTULIS DI SEKOLAH LAIN . DASYAT KAN????HAHAHA SEMUANYA SEBABKAN OLITIC DALAM HOKI DAN SEDIKIT SIFAT DENDAM JURULATIH SINI TERHADAP DAERAH KELAHIRAN AKU . 

SELEPAS 9 BULAN AKU MENGAMBIL ILMU DI SINI , AKU PUTUSKAN UNTUK TIDAK TERUS KEKAL DISINI DEMI MASA DEPAN AKADEMI AKU .  AKU TERUS BERPINDAH KE SEKOLAH BAHARU IAITU SMK BANDAR PENAWAR .
SUMBER:GOOGLE

AKU MENERUSKAN PENGAJIAN AKU DAN MENGAMBIL PT3 DI SINI . BOLEH KATA STRUGGLE LA UNTUK PT3 . YELAH KAN SEPANJANG TAHUN AKU TAK MASUK KELAS . ASYIK MAIN HOKI DARI PERINGKAT SEKOLAH SAMPAI KE PEMILIHAN MALAYSIA . SUKMA . ALHAMDULILLAH AKU DAPAT 5A UNTUK PT3 . CUKUP BANGGA DENGAN KEPUTUSAN AKU . TAPI AKU DEKAT SINI PUN TAK LAMA . BULAN 4 TAHUN 2017 AKU BERPINDAH SEMULA KE SEKOLAH AKU YANG PERTAMA DULU . PERPINDAHAN AKU ADALAH DI ATAS RASA TANGGUNGJAWAB KEPADA BEKAS JURULATIH YANG TELAH MENAIKKAN NAMA AKU DALAM SUKAN HOKI PADA AWAL KARIER KU DULU . AKU SEMPAT BERBAKTI DI SMK BANDAR PENAWAR INI CUMA BEBERAPA BULAN DAN BERKONGSI ILMU HOKI SEHINGGA SMK BANDAR PENAWAR DAPAT NO 2 DALAM KEJOHANAN MSSD . SUNGGUH BANGGA AKU DENGAN PENCAPAIAN ITU

INILAH DI TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG . SMK PASIR PUTIH . AKU KEMBALI SEMULA SEBAGAI SEORANG PELAJAR DAN PEMBIMBING SUKAN UNTUK PASUKAN PERMULAAN AKU . KEHADIRAN YANG DINANTIKAN OLEH JURULATIH DAN TIDAK DISANGKA OLEH RAKAN PELAJAR YANG LAIN . 









Comments

Popular Posts