Hey guys.....so hari ni aku nak cerita sikit pasal buaya yang dipanggil Bujang Senang yang mengganas pada 1980-an.
|
source:google map |
So bujang senang ni asal dia dari Sri Aman,Sarawak dan habitat dia di Sungai Batang Lupar(kalau korang ingat balik Ma'am Hanim pernah cakap pasal sungai yang ada fenomena 'benak' so ni laa sungai tu)
Secara biologi bujang senang adalah spesies buaya crocodylus porosus atau istilah paling senang iaitu buaya air masin....so apa yang special pasal bujang ni sampai jadi famous???Mengikut legenda orang sekitar Sri Aman,bujang senang merupakan manusia yang menjelma menjadi buaya.Semuanya bermula daripada kisah seorang pahlawan yang diberi nama Simalungun.Oleh kerana Simalungun seorang pahlawan yang terlalu kebal untuk dibunuh menggunakan senjata tradisional,pihak musuh menggunakan taktik kotor dengan menculik isteri pahlawan tersebut untuk membocorkan rahsia kekebalan suaminya.Demi menyelamatkan isterinya,Simalungun bersemuka dengan musuhnya namun isterinya telah ditombak mati.Dengan penuh perasaan marah,Simalungun bertarung sehingga titisan darah yang terakhir dan mayatnya dibiarkan tenggelam di sungai Batang Lupar.
Legenda tersebut tidak berakhir dengan kematian,kerana berdasarkan mitos Simalungun menjelma semula dalam bentuk seekor buaya besar dengan bantuan 'Dewa'.Saiz bujang senang adalah 5.46 panjang dan lilitan perutnya pula adalah 2.12 meter.Sebanyak 14 orang telah menjadi mangsa Bujang Senang dari tahun 1940 sehinggalah pada tahun 1992 dimana bujang senang berjaya ditembak mati.Namun penduduk sekitar masih percaya bahawa bujang senang masih lagi wujud.
Comments
Post a Comment