Salam Alumni 10's

SALAM ALUMNI 10'S......merupakan satu pertandingan ragbi bagi pelajar-pelajar alumni SBP yang diadakan di Padang Bellamy,TUDM. 


 Assalamualaikum....hari ini saya ingin mengongsikan perjalanan saya sebelum pertandingan dan semasa pertandingan. Pertandingan tersebut diadakan pada 2 Januari 2020 pada hari Sabtu. Jadi,saya bertolak ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat selepas menunaikan solat Jumaat. Setelah selesai menunaikan solat Jumaat, saya terus bertolak ke Melaka Sentral dengan kereta Proton Waja untuk mengambil kawan saya iaitu Hafiz a.k.a Apiz. Saya dan Apiz pon bertolak ke Kuala Lumpur. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam. Lebuhraya Utara-Selatan agak tenang, jadi saya tidak risau tentang kesesakan jalan raya. Sebelum saya tiba ke tempat penginapan, saya singgah ke UiTM Dengkil untuk mengambil dua orang kawan saya lagi iaitu Syafiq (SK) dan Adam. Selepas itu, kami pun terus bergerak ke tempat penginapan di tengah bandar Kuala Lumpur. Agak sukar untuk mencari tempat letak kenderaan kerana kawasan tersebut agak sempit. Saya pun bermalam di situ dan bersedia untuk hari esok.

Hari pertama pertandingan bermula, perasaan berdebar-debar masih terasa. Nama pasukan saya ialah SAKROBA (SAKTI Rugby Old Boys Association). Pasukan kami terdiri daripada batch 00,batch 01 dan batch 02. Perlawanan pertama, SAKROBA menentang SMSOB. Kemenangan memihak kepada SMSOB. Kami tidak patah semangat dan teruskan pejuangan kami. Perlawanan kedua, SAKROBA menentang OPA. Kemenangan berpihak kepada OPA. Kedua-dua perlawanan kami kalah,jadi kami layak memasuki peringkat Bentara. Perlawanan ketiga, SAKROBA menentang VIOBA dan perlawanan tersebut adalah perlawanan terakhir kami. Keputusan tetap sama iaitu pasukan kami kalah buat kali yang ketiga. Perasaan kecewa wujud dalam diri saya. Apakan daya, rezeki itu semua di tangan Tuhan. Saya pun pulang dengan tangan kosong. Tetapi saya tanamkan dalam diri saya, KEKALAHAN BUKAN PENGAKHIRAN jadi saya masih ada peluang untuk bangkit semula dan tuntut kemenangan pada pertandingan yang akan datang. Akhir kata, BIAR KITA JATUH SEKALI,NANTI KITA BANGKIT 10 KALI.


Comments

Popular Posts