Kampung Sayang Resort
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera pembaca-pembaca blog. Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya bercuti di Kampung Sayang Resort,Tanjung Sedili,Johor. Saya bertolak dari rumah saya pada awal pagi Sabtu yang bertarikh 25/1/2020. Perjalanan ke Kampung Sayang Resort dari rumah saya mengambil masa 3 jam. Jalan untuk memasuki ke kawasan Kampung Sayang Resort agak sempit dan dikelilingi dengan pokok sawit. Pada mulanya, saya ingatkan bahawa saya telah sesat kerana saya melihat pada aplikasi Waze,ia tidak menunjukkan jalan yang betul. Apabila tiba di destinasi,saya agak terkejut melihat suasana yang meriah di Kampung Sayang Resort.
Sumber:Google
Terdapat ramai pelancong yang berkunjung di sini. Lokasi tersebut juga merupakan tempat tarikan pelancong di kawasan Tanjung Sedili.
Bentuk resort yang disediakan agak unik kerana ada bilik yang berbentuk bot,piramid,iglu dan banyak lagi. Harga bilik untuk satu malam tidaklah mahal atau murah, ia berpatutan untuk pelancong.
1)Bilik Standard Kayu : RM 170
2) Bilik Deluxe Batu : RM 190
3) Bilik berbentuk Bot :RM 200
Di sini juga terdapat juga taman tema air yang sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda di sini. Harga untuk memasuki ke taman tema air tersebut hanya RM 10
Bagi saya Kampung Sayang Resort sesuai untuk dijadikan lokasi percutian bersama keluarga. Di setiap resort juga disediakan tempat BBQ. Jadi mudah untuk keluarga melakukan aktiviti memanggang. Akhir kata, terokalah negara sendiri sebelum pergi ke negara orang kerana di Malaysia terdapat banyak tempat menarik yang belum kita terokai.
Comments
Post a Comment