#RAYA2019

Menjelang hari perayaan, ramai le yang excited (termasuklah saya). So here saya nak share my experience Raya2019... here we go...



Source: Tolosap

Nak describe sikit lah pasal gambar ni, Hari pertama raya, sebaik sahaja selesai solat sunat aidilfitri, kami sekeluarga bergegas ke rumah Opah. Guest what? hahahahahha.... Ape lagi, kutip duit raya lah dari makcik2 nagn pakcik2...Maka bermulalah sesi bergambar...


Source: Tolosap

Ini Ibu aku,nama diberi Zuliana. ibu aku ni garang wooo. Tapi dia lah yang paling penyayang dalam family aku, ye lah IBU kan... mana ade ibu yang tak sayangkan anak dia. Masa aku kecik dulu selalu kene marah ngan dia sebab tetiba je hilang kat umah, nak dekat senja baru nak balik. Aku keluar pergi umah kawan aku ajak dia mandi sungai, panjat pokok and masak-masak dalam hutam. Aku guna mak aku punya kuali, pastu beli mancis ngan maggi kat kedai runcit (Kedai Chinakanuu) ,pastu terus gi dalam kebun sawit. Kat tepi sungai kami masak maggi tu pakai daun-daun ngan kayu kat situ.. Balik rumah je, *pappppp kene rotan ngan ibu. Hahahaha.. itulah kenangan aku time kecik dulu. 


Source: Tolosap

Yang ni pulak kakak aku,nama dia Ainul Natasha. Dia anak yang ke dua dalam family aku... dia ni perangai sejibik macam macam mak aku, kuat membebel. Opah aku panggil dia Noon, nak dibuatkan cerita lah... Aku pun tak tahu kenapa opah panggil dia noon, maybe cucu dia ramai sangat kott.Thats why lah opah aku panggil dia Noon.



Source: Tolosap

Nama diberi Ainul Fatihah, tapi aku panngil dia Teahot, Kalau bagi buku kat dia , maka sepuluh tahun akan datang, buku tu masih suci lagi murni... tapi kalau bagi dia main sukan, Fuhhhh... No1.
Bab sukan dia ni tak boleh nak tolak ketepi. Ouhh, lupa pulak, Teha ni anak yang keempat daalam family aku, senang kata dia ni anak bongsu laa...



Source: Tolosap

Nama aku Muhammad Hakimi, ade yang panggil aku Kim, Kimi and so ever... Aku anak yang ketiga dalam family aku. Orang kata anak yang ketiga ni perangai dia unik... Susah nak terima pendapat orang, sebab dia suka buat hal dia sendiri. Aku ni jenis yang tak suka pergi tempat yang ramai orang sangat such as kenduri. Sebab aku tak suka tempat ramai orang, serabut... Aku suka oergi tempat yang sunyi jee... Kalau diberi peluang lah kan, aku nak duduk kat kawasan yang banyak pokok.. Tenang je rasa keliling pokok..



Source: Tolosap

Ni abang aku, nama dia Afiq. Dia ni anak pertama dalam family aku. Anak sulung ni besar peranan dia dalam family.. Dia ni banyak bagi nasihat kat aku ngan adik-beradik yang lain. Kenapa dia takde gambar raya sorang-sorang. Sebab tak sempat nak tangkap gambar dia, ramai yang menunggu untuk bergambar pulak..Ape-ape pun dia ni memang abg terboek





















Comments

Post a Comment

Popular Posts