My Birthday Celebration

LAST TEEN CELEBRATION


Assalamualaikum semua , Semalam birthday saya yang ke-19 ,basically this is my last teen birthday celebration. Never expect next year my age will turn to 20 . So harini Rahman yang cerita pasal kawan-kawan Rahman yang sambut birthday Rahman semalam .  Rahman tak sangka lah mereka ingat birthday Rahman ,so tepat 12 malam tu masing-masing dah wish birthday and terharu sangat . Lepas tu Rahman tak sangka ada kawan Rahman yang belikan kek dan petang tu kawan Rahman bawak keluar jalan-jalan .


kiri :Kak Ad and Kanan :Hani

Celebration from Kak Ad and Hani
Ok Rahman tak sangkalah yang Kak Ad dan Hani  drive datang rumah bawakkan kek , meat ball , dan makan-makanan lain. Sebab kata dekat Rahman yang dorang just nk ajak keluar jalan-jalan . Rahman cuma nak kata terima kasih banyak-banyak kerana menghargai Rahman dalam hidup mereka.

ECO ARDENCE 

My Bestfriend Qayyum 
  Alright then , petang tu Kawan baik Rahman  Al Qayyum Shah ajak teman dia pergi beli tiket bas sebab malam ni dia nak balik ke Perlis. Qayyum study dekat UNIMAP Then , lepas teman dia pergi beli tiket bas , dia bawak Rahman pergi mykori dessert cafe  dekat Setia Alam  dan bawak Rahman jalan-jalan dekat Eco Ardence. Tak sangka Qayyum nak belanja Rahman . Dia kata Rahman antara kawan yang dia sanggup keluar duit untuk belanja  makan  atau jalan-jalan. Rahman memang teharu sangat . Surely birthday dia nanti Rahman akan buat suprise.Qayyum ni kawan baik Rahman dari form 1 sampai form 3 and then masing-masing dapat tawaran ke asrama untuk meneruskan kejayaan dalam bidang masing-masing.  Thank You Qayyum .


So ini antara wish favourite Rahman , so basically ni kawan baik Rahman masa study dekat MRSM dulu ,seriously memang susah-senang sama-sama. Nama dia Hafiz tapi semua orang panggil Alob . Dia memang nak sangat jumpa Rahman sebab dah lama tak jumpa . Alob duduk Perak . So memang susah nak jumpa dia . Birthday dia 3 Februari ni , so Rahman tengah edit video birthday untuk dia. So 3 februari ni Rahman akan tulis blog khas untuk dia dan apa yang kami lalui susah senang di asrama bersama nantikan okay semua...


last but not least , so ini kawan baik Rahman Amirah since sekolah rendah , so basically of course ini antara wish favourite Rahman . So actually dia ada buat speacial wish untuk Rahman tapi dia suruh simpan and jangan expose sebab wish tu special untuk Rahman sorang . By the way Rahman appreciate sangat dia sebab still bestfriend dengan Rahman and almost 8 years kita orang jadi bestfriend . Rahman harap kita bestfriend dunia akhirat  Insya Allah . 

Alright itu je Rahman nak share untuk harini , terima kasih semua yang wish birthday Rahman , Rahman hargai sangat-sangat  dan Insya Allah masa birthday korang Rahman wish juga ,ok Bye, Assalamualikum .






Comments

Popular Posts