Cyclone Break Family day


 Assalamulaikum semua ! So before tidur Rahman nak share tentang family day Cyclone Break club yang baru sahaja berlansung pada 7 dan 8 Februari ini. Rahman nak share apa yang kami buat sepanjang family day dekat Bukit Batu Maloi,Nilai , Negeri Sembilan.
'Fall in' check strength before depart from ALAM

So basically , before aktiviti ini club cyclone Break akan buat pentadbiran untuk family day.  Club cyclone Break ni memang bagus sebab setiap aktiviti yang dijalankan sangat bersistematik dan teratur. Kami diterapkan bagaimana untuk mentadbir dan menguruskan sebarang acara atau majlis selain bermain permainan sukan air. So kami telah dibahagikan tugas masing-masing 2 hari sebelum Family day seperti AJK makanan , AJK aktiviti , AJK pentadbiran dan lain-lain.  
Selepas selesai , kami bertolak ke Batu Maloi . Perjalanan lebih kurang 1 jam lebih jugalah. Memang sangat 'excited' nak pergi especially dengan kawan-kawan cyclone yang masuk air hahahaha. Terlalu stress belajar juga tidak bagus , kita perlu luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti luar agar minda lebih terbuka dan cerdas. Tiba di Batu Maloi, kami pun turun dan angkat semua barang-barang untuk ke tapak camping kitaoranglah untuk pentadbiran seterusnya. 
Pasak kayu untuk Camp Fire

Hasil Usaha kami mencari kayu api didalam hutan
So nak dipendekkan cerita , sampai je dekat tempat tu kami semua buat pentadbiran dan tugas masing-masing . Contohnya , AJK makanan menyediakan makan malam dan BBQ , AJK kayu api masuk dalam hutan cari kayu api untuk buat 'camp fire' dan yang lain dirikan khemah kemas-kemas tapak camping . pasang 'canvas'  dan lian-lain . So malam tu memang best gila , sebab ada dinner BBQ, malam kebudayaan dan sambut birthday abang Anas dan lain-lain yang lahir pada Februari . Satu Malam yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Setiap detik pada malam itu menjadi memori yang indah untuk kami semua . Walaupun terdapat banyak halangan untuk melakukan program ini tapi Alhamdulillah jika kita ikhlas program ini akan berjalan dengan lancar dan baik.
Hadiah birthday Abang Anas

So esok pagi memang satu hari yang dinanti-nantikan kami semua! Memang excited gila sebab masing-masing tak pernah caving . So pagi-pagi kami bangun buat exercise sikit-sikit dan panas badan. Then taklimat diberikan before masuklah . Then kami mulakan perjalan kami masuk ke Gua Batu memang . Memang menarik gila dalam tu macam-macam kami jumpa dan tengok . Memang cantik ciptaan Allah . Sepanjang 4 jam perjalanan kami di dalam Gua tu . Aktiviti ini agak extreme dan mencabar tapi memang best gila tak tipu especially masuk dengan kawan-kawan memang best gila. So Family day and caving ni memang banyak bagi pengalaman kepada diri saya sendiri dan lain-lain terutamanya dari  segi kerjasama antara pasukan , tanpa semngat dan kerjasama yang mantap! memang aktiviti tu tak jalanlah.




Bacaan Doa sebelum masuk ke Gua Batu Maloi

Family cyclone memang terbaik dan sangat bagus . Sayang korang sangat-sangat. Harapan agar club ini berkekalan lama dan hubungan kami tidak terputus disini sahaja . Ok itu sahaja serba-sedikit yang Rahman ingin kongsikan hari ini , sekian terima kasih.


Comments

Popular Posts